Hari
ini adalah hari baru aku di tempat pengajian yang baru selepas aku membuat
keputusan untuk menukar kursus yang aku ambil sebelum ni, memang sangat
mengelirukan bila aku dah belajar programming selama sebulan dan mula merasakan
yang hati aku lebih memilih Multimedia sebagai subjek yang paling sesuai dengan
jiwaku.
Jadi
nampaknya aku perlu mulakan semuanya sekali lagi? Daftar masuk ke asrama,
berkenalan dengan teman sebilik, cari dimana letaknya dewan makan, kafe, kelas,
dan.. teman baru!
Aku
menoleh dan tersenyum memandang gadis yang sama tinggi denganku ini yang
mukanya agak berjerawat tapi masih nampak sweet dan selamba.
“Hai,
err.. saya tak jangka pulak yang kedatangan saya ke sini memang
dinanti-nantikan? Oh, by the way.. Qaireen!” Aku menghulurkan tangan untuk
bersalaman sekaligus memperkenalkan diriku.
Huluran itu disambut. “Kami memang dah lama nantikan kedatangan pelajar baru ke bengkel kami, yang kononnya dia tersalah ambil kursus pengaturcaraan sedangkan dia sebenarnya lebih meminati multimedia.. hemm, nampak seperti ada seseorang yang tak buat rujukan dulu sebelum memilih bidang yang ingin dipelajarinya!.” Balas gadis ini, seperti memerliku tapi dalam nada gurauan. Aku sekadar tersenyum mendengar bicaranya kerana aku tau dia tak bermaksud begitu.

Jika kalian ingin mengetahui lebih lanjut cerita Biola diatas, silahkan download dibawah ini.
0 komentar:
Post a Comment
Terima kasih telah berkunjung di Kuruss blog ini ^^
Jika ada link mati dan penjelasan di setiap posting belum dimengerti juga silahkan komentar di bawah ini agar saya dapat membantu anda